Monday, November 2, 2009

Pesan Emak..

Tidak semua perkara yang kita tidak mahu terjadi itu buruk
dan,
tidak semua perkara yang kita mahu terjadi itu baik..

Apabila,
perkara yang kita tidak mahu itu terjadi,tetap terjadi
teruskan bersabar..

Allah memberikan pertolongan bagi setiap kesabaran yang kita buat..

Dan,
apabila terjadi perkara yang kita mahu,berhati-hati..
jangan terlalu gembira dan leka.

Dikhuatiri di sebalik perkara itu ada perkara buruk yang terlindung.

Jadi,
kamu perlu juga bersabar..

Sabar bukan hanya pada waktu sulit,
malah juga pada waktu gembira..


-bahruddin bekri/dunia ini sederhana kecil-

Saturday, October 3, 2009

mereka bilang..

kadang-kadang ;
semakin kuat kita berusaha untuk mendapatkan dan mengejarkan sesuatu
semakin jauh dan ketinggalan kita rasa untuk mendapatkannya..

mak bilang,

itu adalah kecewa dan putus asa namanya.

kadang-kadang ;
kita merasakan si dia lah yang paling cocok dan terbaik untuk kita

tetapi,
dalam waktu yang sama
kita merasakan terlalu banyak bedanya antara kita dan dia.

si dia -
berpelajaran tinggi,datang dari keluarga yang baik-baik,taat pada suruhan agama

kita -
belajar tak tinggi,kurang berharta,sering alpa dan lalai pada suruhan dan laranganNYA

kawan bilang ,



kamu perlu ada keyakinan diri.
kamu jangan terlalu merendah diri.
kamu jangan cari perbedaan tetapi baiki kekurangan diri untuk merapatkan jurang perbezaan.
kamu tidak mungkin menjumpai kesempurnaan,tetapi boleh saling lengkap-melengkapi apabila dapat menerima seseorang dalam hidupmu seadanya.



kadang-kadang ;
kita boleh menasihati orang sekeliling bila mereka ditimpa musibah atau sedang mengalami kesusahan

tetapi,
mengapa susah benar rasanya untuk `menasihati` diri
apabila
diri kita sendiri yang mengalami masalah atau kesusahan?



mereka bilang ,

tok mudim pun anunya dipotong orang lain.
doktor pun tidak boleh rawat dirinya sendiri-perlukan doktor lain jugak.
guru pun tidak boleh membijak dan mendidik anaknya sendiri- perlu bantuan guru lain jugak untuk mengajar dan mendidik anak-anaknya..



mereka bilang lagi ,


setiap masalah pasti ada jawapannya
setiap musibah pasti ada puncanya
setiap kekusutan pasti ada pelerainya





setiap apa yang berlaku ;



pasti











ada hikmahnya..

Tuesday, September 22, 2009

menanti sebuah jawaban..

kehadapan Wanita yang diingati,


saya disini masih setia menanti sebuah jawaban dari anda


samada hijau atau merah;



hijau,
untuk saya meneruskan sebuah kisah tentang pelangi indah yang dapat saya gapai.
akan saya fikirkan bagaimana untuk memastikan pelangi sentiasa memancarkan sinar indah cahayanya.biar ia semakin bergemerlapan bila berada di sisi hati saya.




merah,
untuk saya berhenti memetik bintang paling terang di sebalik langit kelam.biar saya undur diri dari memintal awan di langit biru.biar saya membawa diri meneruskan misi mencari hakikat seorang insani.


walau apa pun keputusan dari Wanita,


saya akan belajar untuk redha menerimanya
saya akan belajar untuk tahu apa maknanya jodoh-pertemuan
saya akan belajar untuk berlapang dada




walau apa pun akan berlaku selepas ini,


terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada saya
walaupun seketika,
tapi amat indah dan mengasyikkan
bila ianya disandarkan pada Yang Maha Esa.


dari,

Jejaka.

Sunday, September 20, 2009

puisi ketika cinta bertasbih..




cinta,
adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta..


sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun,
jika cinta kudatangi
aku jadi malu
pada keteranganku sendiri..

meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta

dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..

cinta sendirilah yang
menerangkan cinta dan percintaan.





notakecildisisip:
mahu lihat klip videonya,sila klik di sini.

Monday, September 7, 2009

bahagianya menjadi oren dan anggur dalam iklan ribena..

aku;seekor burung gembala kerbau
kau;seekor merpati putih


dunia kita jauh berbeda





kau;

paruhmu yang merah delima itu sentiasa menguntum senyum
bulumu yang putih bersih itu sentiasa tersusun kemas
makananmu dari dedak-dedak yang terpilih


aku;
burung kerdil yang selalu bertenggek di belakang kerbau
warna buluku tidak begitu menarik perhatian
hidup aku biasa-biasa sahaja..



mungkin,

aku terlalu berangan
ingin memetik bintang di sebalik langit kelam



memilikimu
umpama
memiliki bintang yang paling terang







kita jauh berbeda






tapi tidak mustahil


















untuk kita hidup bersama..

Sunday, August 16, 2009

kepergianku hanya sementara..

wahai permaisuri hatiku
sapulah airmata kesedihan dipipimu
biar jelas terserlah kecantikkan di wajahmu itu..



kepergianku hanya sementara
sampai waktunya
pasti ku kan kembali
berada disisimu..



aku akan merindui senyuman manismu
aku akan merindui halus tanganmu membelaiku
aku akan merindui pelukan eratmu yang panas membahagia
aku akan merindui masakanmu yang mengkucarkacir jiwaku
aku akan merindui setiap inci dari dirimu







kerana kau;







isteri yang amat ku cintai..

Tuesday, August 4, 2009

pelangi itu indah dan pelbagai warnanya..

tahniah kawan!

aku suka
aku seronok
aku tumpang bergembira..


aku jadi saksi
susah payah engkau

aku jadi saksi
kata-kata sinis mereka pada engkau

aku jadi saksi
setiap kepayahan engkau

aku jadi saksi
detik berjaya engkau..

tahniah kawan!

jangan berhenti bermimpi
kerna aku suka dengan mimpi mengejar pelangi engkau

jangan berhenti disini saja kawan
terus buka langkah luas-luas

kerna aku yakin
kau mampu capai
apa yang engkau impikan..

jangan berhenti kawan
untuk menjadi inspirasi diri ini..


notakecildisisip:
dedikasi untuk Azrul Ibawana B.Amir..

Wednesday, July 29, 2009

menanti saat bertentang mata..

debaran semakin terasa
detik waktu menjadi semakin singkat

satu kejadian akan berlaku
mungkin biasa di mata orang
tapi,amat luar biasa bagi aku..

sekarang,
hati bercampur-campur
ada segan,ada malu,ada rasa rendah diri

tika sampai detik itu
aku tidak mampu gambarkan perasaanku
mungkin aku akan diam membisu
atau,ramah menyusun kata..

percayalah..


aku hanya impikan
kau hadir membawa cahaya dalam hidupku..




notakecildisip:
dedikasi untuk si `penyejuk` hati..

Tuesday, July 21, 2009

siapa aku?

aku bukan malaikat
aku bukan wali keramat
aku bukan seorang ustaz

aku bukan peneguk air setan
aku bukan pencinta dara wanita
aku bukan pencinta dosa

aku bukan pemuzik jalanan yang jujur lagu-lagunya
aku bukan penyair ulung yang syairnya bisa meluluh setiap jiwa
aku bukan pelukis yang mampu menterjemah pemikiran melalui berus-berusnya


aku bukan siapa-siapa
aku manusia
yang biasa-biasa sahaja..

masanya makin hampir..

detiknya semakin menghampiri
degup dada makin berombak kencang

terbit rasa gembira dalam duka
hadir rasa takut disulami satu harapan

makin menebal rasa mistik dirimu
adakah kita cocok bersama?

Monday, July 13, 2009

saya memiliki sejenis hati yang `rapuh`..


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
-opick-

Wednesday, July 8, 2009

jejaka A


si dia berjalan sambil membetul-betulkan selendangnya
selendangnya berwarna biru tua itu agak cocok dengan raut mukanya yang bujur sirih..


si dia berjalan sambil merendahkan pandangan
bimbang hatinya akan berkudis bila terpandang wajah jejaka A..


si dia sebenarnya dahagakan perhatian dari jejaka B
baginya jejaka B lengkap pakejnya- berkerjaya tetap,berkereta,dan mempunyai senyuman manis..


tetapi,

jejaka B tidak pernah menghirau perhatian yang ditagihnya
si dia rindu rasa berdebar-berdebar di dadanya bila bertentang mata dengan jejaka B..


si dia terperangkap dalam khayal bila memikirkan tentang jejaka B;

indah
terbuai-buai
fikiran melayang
hati jadi senang dan girang





si dia benci dengan gelagat si A;

mengorat seperti budak belasan tahun;
membuat lawak yang menyakitkan hati
memberi hadiah harijadi yang kurang sensitiviti diri


si dia seboleh-bolehnya mahu menghindari diri dari jejaka A




si dia benci dengan perasaannya bila jejaka A terlintas di benak fikirannya;

rasa mual
rasa resah
rasa menyampah
rasa gundah gulana


si dia letih berpurbasangka
si dia enggan memprimitifkan mindanya

ini semua gara-gara jejaka A



tapi,
peredaran masa berubah bak angin salju





sekarang;





si dia rindu missed call dari jejaka A setiap pukul 12.01 pagi
rindu dengan gelagat keanak-anakkan dari jejaka A
rindu lawak separa cerdik dari jejaka A
rindu usikan-usikan nakal dari jejaka A
rindu pandangan mata dari jejaka A



Namun;

kelibat dan susuk tubuh jejaka A tidak muncul-muncul hinga kini










seolah-olah merajuk membawa diri..








notakecildisisip:
dedikasi untuk mereka yang sedang merasa kehilangan..

Thursday, July 2, 2009

malam itu..


semburan wangi bercap Romano disembur
jeans bundle disarung kemas
t-shirt hitam bergambarkan kepala Decepticon dipakai

ringkas tapi kacak.

enjin kereta dihidupkan
bingit dan terbatuk-batuk bunyinya


perjalanan dimula
memakan masa hanya 20minit

duduk di satu sudut
pelayan datang mengambil pesan
menu diberi

menu diambil
jenis makanan dihajati saya beritahu
pelayan kemudiannya berlalu pergi

8minit selepas itu
pelayan datang kembali
sambil membawa hidangan yang dipesan tadi

Bismillahirrahmanirrahim..
sebutan disebut
makanan disuap tanpa prejudis

Alhamdulillah
penyambung bicara
makanan habis dibantai saya

saya berjalan menuju ke kaunter bayaran
meraba-raba mencari dompet
semua poket diperiksa tenang

senyum kambing saya hamburkan
tersengih-sengih meminta maaf
rupa-rupanya dompet tertinggal di rumah.

notakecildisisip:
ini kisah benar seseorang lelaki yang namanya terpaksa saya rahsiakan.menjaga aib,bak kata orang tua-tua.

awan mendung..




resah
gusar
gelisah


diam terkaku.


resah
gusar
gelisah

bersunyi diri.


resah
gusar
gelisah

linangan air mata.



notakecildisisip:
tak sabar nak `jumpa` Amir & Hassan dalam The Kite Runner.

Wednesday, July 1, 2009

dedikasi untuk seorang kawan saya..


detik waktu terus berputar
air mata tertumpah tika tangis sunyi
seringai gigi dipamer tika tawa riang
sama-sama leka berhimpun
mencipta satu irama indah
yang bernama
sebuah kehidupan..

jangan sesekali gentar wahai si kecil,

walau kau berasa lemah
walau kau berasa kerdil
walau kau berasa tidak berdaya


teruskan atur langkahmu,

biar langkahmu itu tempang
biar langkahmu itu kecil
biar langkahmu itu perlahan

sekurang-kurangnya

kau sedang berusaha menuju ke hadapan..



notakecildisisip:
selamat berusaha dan sila buat yang terbaik!!
saya yakin dengan anda..

Monday, June 29, 2009

bahasa keadaannya berkata..


Hatinya dibawa langit tidak pernah diam.
Dia diatas mawar tidak pernah diam.
Seekor burung mematuk bintang yang diikat erat-erat.
Seekor burung di sebalik cakerawala.

-kitabkuning-

Friday, June 19, 2009

gambar kenangan..



Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia.

-aizat-




notakecildisisip:
inilah satu-satunya gambar saya bersama sidia sepanjang 3 tahun berkenalan.saja nak letak di sini sebagai kenangan untuk anak cucu..he..
apa-apa pun,terima kasih kepada sidia kerana sudi `singgah` dalam hidup saya ini.
saya minta maaf diatas apa yang terjadi & best of luck for your future,cik `masalalu`!

Monday, June 15, 2009

jalan itu..


kalau itu jalan yang kau pilih
teruskanlah..

kalau jalan itu yang kau pilih
jangan kau patah balik..

kalau jalan itu yang kau pilih
tetapkanlah kaki kau disana..

kalau itu jalan yang kau pilih
aku sokong engkau tanpa suara..

Friday, June 12, 2009

sepohon kayu..



sepohon kayu
daunnya rimbun
jangan suka jadi kutu
tiap2 malam bermandikan embun..

sepohon kayu
daunnya rimbun
belajar hingga ke U
berhajat nak dapat gaji menimbun..

sepohon kayu
daunnya rimbun
mengapa dia suka kat you
walaupun you punya perangai macam babun?

Tuesday, June 9, 2009

maaf..


aku mentari tapi tak menghangatkanmu,
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu,
aku sang bulan tak menerangi malammu,
akulah bintang yg hilang ditelan kegelapan..


-kertas band-





notakaki:
maaf diatas apa yang berlaku.aku hanya picisan dalam hidupmu..

Wednesday, June 3, 2009

kisah kawan megi,kawan 100plus & kawan kolget..

aku kawan jenis megi
aku diperlukan bila saat kau susah sahaja
di hujung -hujung bulan
tika kau terdesak
tika baki dibank cukup untuk kau makan sehari dua..

walau apapun perasaku
kari,asam laksa,tomyam
kau tetap sama
ku pasti kau lupa
bila gajimu berkunjung tiba..


aku kawan jenis 100plus
nasib ku pon agak sama dengan si megi
cuma kondisinya agak berbeza..

ku berasa begitu berharga
bila tekakmu dahaga teramat
seusai kamu bersenam
atau dikala kamu diserang selsema
tika makanan tidak bernafsu kamu rasa
saat itu,kamu rasa
hadirku begitu indah sekali..

tapi..


aku kawan jenis kolget
ku amat berlainan
diriku sentiasa hadir dalam hidupmu
dikala susah atau senang..

tak dapat kau bayangkan
ketiadaan diriku
ketika mandi pagimu
pasti takkan kau senyum menyeringai sepanjang hari
kan kau kunci mulutmu rapat-rapat..

dimalam hari kau juga mencari-cariku
mahu ku hadir sebelum kau beradu menongkah mimpi..

nota kakicagu:
kawan megi,kawan 100plus dan kawan kolget
walaupun siapa pun diri kita
harap kita indah melakar diri..

Tuesday, June 2, 2009

sang arjuna dan pelanginya..


di sebalik kesunyian malam itu
berlindung dari kepekatan malam
masih berligat putar fikiran sang arjuna..

dia bercita-cita mahu menjadi seorang laskar yang gah
laskar yang digeruni lawan
dikagumi kawan
diidami wanita-wanita
dibangga-bangga penduduk serata..

tapi dia takut mencuba
baju besi terlalu berat untuknya
pedang tajam sukar dihunus megah
musuh-musuh terlalu besar dimatanya..

akhirnya dia mengaku kalah
kalah dengan perasaannya sendiri
biar dia dengan hidupnya sendiri
tanpa mahu memimpikan pelangi..



nota kaki:
jangan takut untuk berubah..

Monday, June 1, 2009

jari-jari ibu..



Jari-jari ibu
Tunjuk ini itu
Jangan suka menganggu
Susah hati ibu..

Ini jari hantu
Duduk tengah-tengah
Suka bantu ibu
Buat kerja rumah..

Ini jari manis
Pakai cincin intan
Jangan suka menangis
Nanti ibu rotan..

Jari kelingking
Duduk tepi-tepi
Jangan suka menengking
Orang susah hati..




Notakaki:
empunyablog suka part mak empunyablog dodoikan cucunya dengan lagu diatas.

Thursday, May 28, 2009

jam 2.45 am

aku bangun dengan semangat sukan
mengantuk
aku paksakan diriku untuk bersekang mata.


dem..dem..
dah kena 0-2 nie
ape cerita???????

Wednesday, May 27, 2009

kucar-kacir hidup aku!




aku kembali tak terurus
bilik berselerak
mirip kedai bundle di pekan Manjung.

jiwa aku kembali kacau
hati meronta-ronta kerinduan
aku sembunyi membisu.

senyum tawa dihambur
seringai gigi dipamer
dalam hati siapa yang tahu?

Tuesday, May 26, 2009

Sunday, May 17, 2009

mereka itu..


mereka itu datang dan pergi
mereka itu ada yang menegur sapa
ada yang beramah tamah
ada juga yang selesa berlalu pergi..

mereka itu
ada yang makin rapat denganku
ada yang kenal gitu-gitu jer
ada yang tak menyedari kehadiranku..


walau apa pun mereka itu
terima kasih kerana sudi
menjadi cebis dalam kisah hidupku.

Friday, May 15, 2009

rumah kecil itu..



rumah kecil itu masih utuh berdiri,
walau dirinya giat dimamah anai-anai.

rumah kecil itu riuh dengan suara-suara ceria penghuninya,
tapi kini hilang entah kemana.

rumah kecil itu biasa saja di mata orang,
tapi sangat istimewa bagi mereka yang pernah mendiaminya.

Thursday, May 14, 2009

Wednesday, May 13, 2009

hold on!


As I stepped to the edge
Beyond the shadow of a doubt
With my conscience beating
Like the pulse of a drum
That hammers on and on
Until I reach the break of the day
As the sun beats down
On the halfway house
Has my conscience beating
The sound in my ear
The will to persevere
As I reach the break of the day

When you lost all hope and excuses
And the cheapstakes & losers
Nothing's left to cling onto
You got to hold on
Hold on to yourself

A cry of hope
A plea for peace
And my conscience beating
It's not what I want for
It's all that I need
To reach the break of the Day
So I run to the edge
Beyond the shadow of a doubt
With my conscience bleeding
Here lies the truth
The lost treasures of my youth
As I hold on to the break of the day

When you lost all hope and excuses
And the cheapstakes & losers
Nothing's left to cling onto
You got to hold on
Hold on to yourself

When you lost all hope and excuses
And the cheapstakes & losers
Nothing's left to cling onto
You got to hold on
Hold on to yourself

-hari hijau-

kesalahan yang sama..


So while I'm turning in my sheets
And once again I cannot sleep
Walk out the door and up the street
Look at the stars beneath my feet
Remember rights that I did wrong
So here I go

Hello, hello

There is no place I cannot go
My mind is muddy but
My heart is heavy does it show
I lose the track that loses me
So here I go



And so I sent some men to fight
And one came back at dead of night
Said he'd seen my enemy
Said he looked just like me
So I set out to cut myself
And here I go



I'm not calling for a second chance
I'm screaming at the top of my voice
Give me reason, but don't give me choice
Cause I'll just make the same mistake again


And maybe someday we will face
And maybe talk but not just speak
Dont buy the promises cause
There are no promises I keep
And my reflection troubles me
So here I go



I'm not calling for a second chance
I'm screaming at the top of my voice
Give me reason, but don't give me choice
Cause I'll just make the same mistake


I'm not calling for a second chance
I'm screaming at the top of my voice
Give me reason, but don't give me choice
Cause I'll just make the same mistake again

-james blunt-

hampa hatiku..



Pernah kah kau merasa
Pernah kah kau merasa

Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu


Pernah kah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernah kah kau merasa
Hatimu Kosong

Buang saja semua kata cintamu
Buang saja semua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu



Pernahkah pernahkah kalau kau merasa
Di galaksi yang datang
Terasa gelap gelita tiada cahaya
Hanya gelap
Hitam dan kelam
Tak ada lagi suka tak ada rasa

Pernahkah
(Pernah pernah pernah pernah pernahkah)
Pernahkah kau merasa
Di saat diri terlelap
Mesti gemuruh kian beradu
Selalu mengganggu
Kau tetap terlelap dalam tidurmu

Maafkan aku sayangku
Bukan maksudku menyakitimu, menghianatimu
Ampuni aku sayangku
Jujur kukatakan aku tak lagi mencintaimu

Pernah kah kau merasa..
-ungu-

breathe me..




Help, I have done it again
I have been here many times before
Hurt myself again today
And, the worst part is there's no-one else to blame

Be my friend
Hold me, wrap me up
Unfold me
I am small
and needy
Warm me up
And breathe me

Ouch I have lost myself again
Lost myself and I am nowhere to be found,
Yeah I think that I might break
Lost myself again and I feel unsafe

Be my friend
Hold me, wrap me up
Unfold me
I am small
and needy
Warm me up
And breathe me
-sia-

pelangi..


pelangi itu indah
pelangi itu meriah warnanya
pelangi itu hadir selepas hujan dan panas memainkan peranannya
pelangi itu sumber ilham bagi pencipta lirik untuk membuat lagu
pelangi itu menjadi model semula jadi untuk pelukis melakar lukisannya

banyak cerita baik tentang pelangi
pelangi begitu `dekat` dengan kehidupan kita seharian

persoalannya,

bagaimana aku ingin mencorak hidup aku sebegitu indah seperti pelangi?










aku termenung lagi
aku pandang jauh-jauh.
tapi,masih lagi tenggelam dalam perasaan sendiri.

blog ini akan beroperasi semula.

salam..

saya dah ada broadband.
senang nak update bile dah rajin menulis nanti..


jadi,
saya nak aktif semula ruang yang dah usang ini.

Sunday, April 5, 2009

masalah nak update..

oleh kerana terdapat masalah2 tertentu yang tak dapat dielakkan,saya meneruskan aktiviti blogging ini di :

www.pelitaminyaktanah.wordpress.com

harap maklum!

Tuesday, March 24, 2009

mengapa perlu?

mengapa perlu bermasam muka
mengapa perlu dingin bersuara
mengapa perlu memanjangkan sengketa
mengapa perlu menjuih bibir
mengapa perlu berduka lara
mengapa perlu bermuram durja
mengapa perlu menyendiri diri
mengapa perlu bermuka-muka
mengapa perlu menjaja cerita
mengapa perlu berpurba sangka
mengapa perlu memprimitifkan minda
mengapa perlu aku tulis ini semua?


sekadar gambar hiasan.



m.a.w.a.r.k.h.a.y.a.l.a.n.


Seluas laut yang terbentang
Dan buihnya terapung di awangan
Derita, dunia yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan
Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan..
-laila`s lounge-

Monday, March 23, 2009


Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada..
-letto-

menanti sebuah jawaban..


betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku..
-
padi-

Friday, March 20, 2009

hanya khayalan..

fid dah tekad.ikut gerak hati.persampahkan saja dgn kata2 nista orang lain.

hari demi hari.
minggu silih berganti.
bulan purnama pon asyik mempamerkan diri untuk santapan mata si pungguk tapi langsung tak di endah oleh insan bernama fid ini.latihan perlu di teruskan.

fid berlatih.
jurus demi jurus dilatih tanpa jemu.

nah..ini hasilnya.




nota kaki : ini hanya khayalan penulis semata-mata.terima kasih pada en firdaus di atas sikap komited anda dan di atas usaha anda yang bersungguh-sungguh.

Thursday, March 19, 2009

small gathering-ex smkab

huda call.ckp nak jumpe geng2 sekolah-smkab..

venue:umah mak tam(firdauz hashim)
tetamu jemputan: muhaiza kitak,huda halilah,yanie & anaknya,azizi,pak ya dan aku.

aku pi umah pak ya lps dia abes keja.then,trus ke batu gajah.singgah mkn(alas perut) kat bote.solat maghrib di utp.jumpe azizi kat utp,then gerak sama2 ke umah firdauz..

bila kami sampai,keta huda dah parking kat depan umah firdauz..selepas bg salam,aku,azizi n pak ya trus duduk di ruang tamu..sembang2 sket,trus ke dapur..firdauz masak makaroni n bihun tom yam.aku `up` makaroni sepinggan..mase nie la x kering gusi kami gelak..suami duih pi hantar makanan kat mak dia..suami yanie keje..so,bermula ceritera2 ttg sekolah dulu..mcm2 kisah kuar..mmg happening sangat.

seronok jgk dapat kumpul balik kawan2 lama..

insyaALLAH,next time nak plan lagi n nak kumpul ramai lagi kawan2..

so,nie la kawan2 ex smkab yg kumpul sama2 aritue..


azizi dah jadi suami org.skrg dah keja kat utp.aktif main golf skrg..



yanie dah bergelar isteri orang.dah jadi org kuat farmasi.anak yanie plak mmg cool giler.x meragam pon.



muhaiza dah bertunang.insyaALLAH,akan berkahwin tak lama lagi.nnt mgkin stay kat lumut..dah x pakai spek bingkai hitam dah..pakai contact lens skrg nie..he.




huda macam dulu gak.dok dgn dia,pasti x kering gusi punya.ada jer citer yg nak dia citer.mentang2 keje kat perodua,bwk keta pon blh tahan laa..he..




pak ya plak dah keje engineer kat lumut nie.aktif berfutsal skrg nie.





firdauz plak dah bahagia dgn suami tercinta..tgh indah menunggu org ketiga..he..tetap `mesra alam` mcm dulu.



alhamdulillah..walaupon singkat masa bertemu,tapi harap panjang ikatan silaturrahim ini.



aku?
macam biasa jer..
watak tambahan.
he..


nota kaki: insyaALLAH,satu gathering untuk kawan ex- smkab area perak nie akan diadakan pada tahun ini..so,nnt kita jumpa lagi di sanaaa..

Monday, March 2, 2009

hadapi dengan senyuman..


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang.
-dewa-

k.o.s.o.n.g

perasaan bercampur-campur skrg.

sedih.
pilu.
tawar.
kelat.

sedih- setting kat kamera aku ade problem sket.hmm..mgkin aku yg tak reti setting kot..hu..
pilu - mak kepada sang rembulan disahkan menghidap kanser payudara.peringkat ke 2.
tawar - tawar hati pada si insan yang bermuka2.masih ghairah menjaja cerita.
kelat- maaf,hari ni senyumku makin bertambah kelat.sekelat perasaanku sekarang.

rasa kosong sangat2..


Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku..
kosong-dewa-


nota kaki: sumber gambar dari fotopages `sentuhan janggut`.

Thursday, February 26, 2009

kenduri kawin..

musim cuti sekolah=musim orang kawin!!

kawan2 aku yang akan kawin bln 3 nie :
1.mustafa amin & zarina ( kawan MARA)
2.mohd hafizi & rasilah (kawan SMKAB)
3.nur shuhada & zahanizam ( kawan JPNK)
4.muhammad ruhan safuan & fatin adila ( kawan SMKAB)

terima kasih kawan2 atas jemputan..
mudah-mudahan hidup kalian bertambah bahagia dan sejahtera.

Wednesday, February 25, 2009

b.e.l.a.j.a.r.

belajar.
singkat kata tapi panjang maknanya.

hidup ini satu proses belajar.
belajar jadi baik.
belajar hormat orang.
belajar taat perintahNYA.
belajar cium tangan mak sebelum ke sekolah.
belajar cium isteri sebelum pergi kerja.
belajar menghulur tangan untuk dikucup anak.

belajar untuk terus belajar.

belajar untuk menyayangi.
belajar untuk prihatin.
belajar untuk membenci.
belajar untuk buat muka tak bersalah.

persoalannya?

apa yang aku dah belajar setakat ini?
banyak yang bermain dalam fikiran sekarang nie..
sakit gigi yang belum sembuh.
undangan kawin yang yang aku tak dapat hadiri,sedangkan aku aku diminta untuk jadi wakil jemput kawan2 yang lain.maafkan saya,en mohd hafizi.kenduri anda sama hari dengan en mustafa amin.
blm balik kampung ziarah mak lagi.
interview dengan jabatan kerajaan.
ragam2 manusia disekeliling aku.
ragam2 manusia disekeliling aku.
ragam2 manusia disekeliling aku.
ragam2 manusia.
ragam2 manusia.


hmm..

*lontaran suara keyboard xdpt diperdengarkan*

Tuesday, February 24, 2009

sakit gigi..

apa perasaan anda bila anda sakit gigi?

rasa nak marah.
rasa macam nak terajang org.
emosi tak stabil.
hati tak keruan.
jiwa tak tenang.

*diam*


nota kaki: jangan wat lawak bodoh dengan aku skrg!

surat untuk rembulan..

ke hadapan rembulan yang dikasihi..

mengapa semalam,sinarmu tidak kelihatan..

puas Pungguk menanti kehadiran sang rembulan..

adakah rembulan sudah tidak sudi menjengah diri?

pungguk betul2 rindukan sang rembulan..

betul,xtipu.


ikhlas dari







nota kaki:

kepada yang berkenaan,nanti dah topup,tolong sms saya yea..

miss u so strong!!

Perjalanan yang panjang..

Perjalanan yang panjang ini bermula dari sini..