Wednesday, July 29, 2009

menanti saat bertentang mata..

debaran semakin terasa
detik waktu menjadi semakin singkat

satu kejadian akan berlaku
mungkin biasa di mata orang
tapi,amat luar biasa bagi aku..

sekarang,
hati bercampur-campur
ada segan,ada malu,ada rasa rendah diri

tika sampai detik itu
aku tidak mampu gambarkan perasaanku
mungkin aku akan diam membisu
atau,ramah menyusun kata..

percayalah..


aku hanya impikan
kau hadir membawa cahaya dalam hidupku..




notakecildisip:
dedikasi untuk si `penyejuk` hati..

Tuesday, July 21, 2009

siapa aku?

aku bukan malaikat
aku bukan wali keramat
aku bukan seorang ustaz

aku bukan peneguk air setan
aku bukan pencinta dara wanita
aku bukan pencinta dosa

aku bukan pemuzik jalanan yang jujur lagu-lagunya
aku bukan penyair ulung yang syairnya bisa meluluh setiap jiwa
aku bukan pelukis yang mampu menterjemah pemikiran melalui berus-berusnya


aku bukan siapa-siapa
aku manusia
yang biasa-biasa sahaja..

masanya makin hampir..

detiknya semakin menghampiri
degup dada makin berombak kencang

terbit rasa gembira dalam duka
hadir rasa takut disulami satu harapan

makin menebal rasa mistik dirimu
adakah kita cocok bersama?

Monday, July 13, 2009

saya memiliki sejenis hati yang `rapuh`..


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
-opick-

Wednesday, July 8, 2009

jejaka A


si dia berjalan sambil membetul-betulkan selendangnya
selendangnya berwarna biru tua itu agak cocok dengan raut mukanya yang bujur sirih..


si dia berjalan sambil merendahkan pandangan
bimbang hatinya akan berkudis bila terpandang wajah jejaka A..


si dia sebenarnya dahagakan perhatian dari jejaka B
baginya jejaka B lengkap pakejnya- berkerjaya tetap,berkereta,dan mempunyai senyuman manis..


tetapi,

jejaka B tidak pernah menghirau perhatian yang ditagihnya
si dia rindu rasa berdebar-berdebar di dadanya bila bertentang mata dengan jejaka B..


si dia terperangkap dalam khayal bila memikirkan tentang jejaka B;

indah
terbuai-buai
fikiran melayang
hati jadi senang dan girang





si dia benci dengan gelagat si A;

mengorat seperti budak belasan tahun;
membuat lawak yang menyakitkan hati
memberi hadiah harijadi yang kurang sensitiviti diri


si dia seboleh-bolehnya mahu menghindari diri dari jejaka A




si dia benci dengan perasaannya bila jejaka A terlintas di benak fikirannya;

rasa mual
rasa resah
rasa menyampah
rasa gundah gulana


si dia letih berpurbasangka
si dia enggan memprimitifkan mindanya

ini semua gara-gara jejaka A



tapi,
peredaran masa berubah bak angin salju





sekarang;





si dia rindu missed call dari jejaka A setiap pukul 12.01 pagi
rindu dengan gelagat keanak-anakkan dari jejaka A
rindu lawak separa cerdik dari jejaka A
rindu usikan-usikan nakal dari jejaka A
rindu pandangan mata dari jejaka A



Namun;

kelibat dan susuk tubuh jejaka A tidak muncul-muncul hinga kini










seolah-olah merajuk membawa diri..








notakecildisisip:
dedikasi untuk mereka yang sedang merasa kehilangan..

Thursday, July 2, 2009

malam itu..


semburan wangi bercap Romano disembur
jeans bundle disarung kemas
t-shirt hitam bergambarkan kepala Decepticon dipakai

ringkas tapi kacak.

enjin kereta dihidupkan
bingit dan terbatuk-batuk bunyinya


perjalanan dimula
memakan masa hanya 20minit

duduk di satu sudut
pelayan datang mengambil pesan
menu diberi

menu diambil
jenis makanan dihajati saya beritahu
pelayan kemudiannya berlalu pergi

8minit selepas itu
pelayan datang kembali
sambil membawa hidangan yang dipesan tadi

Bismillahirrahmanirrahim..
sebutan disebut
makanan disuap tanpa prejudis

Alhamdulillah
penyambung bicara
makanan habis dibantai saya

saya berjalan menuju ke kaunter bayaran
meraba-raba mencari dompet
semua poket diperiksa tenang

senyum kambing saya hamburkan
tersengih-sengih meminta maaf
rupa-rupanya dompet tertinggal di rumah.

notakecildisisip:
ini kisah benar seseorang lelaki yang namanya terpaksa saya rahsiakan.menjaga aib,bak kata orang tua-tua.

awan mendung..




resah
gusar
gelisah


diam terkaku.


resah
gusar
gelisah

bersunyi diri.


resah
gusar
gelisah

linangan air mata.



notakecildisisip:
tak sabar nak `jumpa` Amir & Hassan dalam The Kite Runner.

Wednesday, July 1, 2009

dedikasi untuk seorang kawan saya..


detik waktu terus berputar
air mata tertumpah tika tangis sunyi
seringai gigi dipamer tika tawa riang
sama-sama leka berhimpun
mencipta satu irama indah
yang bernama
sebuah kehidupan..

jangan sesekali gentar wahai si kecil,

walau kau berasa lemah
walau kau berasa kerdil
walau kau berasa tidak berdaya


teruskan atur langkahmu,

biar langkahmu itu tempang
biar langkahmu itu kecil
biar langkahmu itu perlahan

sekurang-kurangnya

kau sedang berusaha menuju ke hadapan..



notakecildisisip:
selamat berusaha dan sila buat yang terbaik!!
saya yakin dengan anda..