Wednesday, July 8, 2009

jejaka A


si dia berjalan sambil membetul-betulkan selendangnya
selendangnya berwarna biru tua itu agak cocok dengan raut mukanya yang bujur sirih..


si dia berjalan sambil merendahkan pandangan
bimbang hatinya akan berkudis bila terpandang wajah jejaka A..


si dia sebenarnya dahagakan perhatian dari jejaka B
baginya jejaka B lengkap pakejnya- berkerjaya tetap,berkereta,dan mempunyai senyuman manis..


tetapi,

jejaka B tidak pernah menghirau perhatian yang ditagihnya
si dia rindu rasa berdebar-berdebar di dadanya bila bertentang mata dengan jejaka B..


si dia terperangkap dalam khayal bila memikirkan tentang jejaka B;

indah
terbuai-buai
fikiran melayang
hati jadi senang dan girang





si dia benci dengan gelagat si A;

mengorat seperti budak belasan tahun;
membuat lawak yang menyakitkan hati
memberi hadiah harijadi yang kurang sensitiviti diri


si dia seboleh-bolehnya mahu menghindari diri dari jejaka A




si dia benci dengan perasaannya bila jejaka A terlintas di benak fikirannya;

rasa mual
rasa resah
rasa menyampah
rasa gundah gulana


si dia letih berpurbasangka
si dia enggan memprimitifkan mindanya

ini semua gara-gara jejaka A



tapi,
peredaran masa berubah bak angin salju





sekarang;





si dia rindu missed call dari jejaka A setiap pukul 12.01 pagi
rindu dengan gelagat keanak-anakkan dari jejaka A
rindu lawak separa cerdik dari jejaka A
rindu usikan-usikan nakal dari jejaka A
rindu pandangan mata dari jejaka A



Namun;

kelibat dan susuk tubuh jejaka A tidak muncul-muncul hinga kini










seolah-olah merajuk membawa diri..








notakecildisisip:
dedikasi untuk mereka yang sedang merasa kehilangan..

4 comments:

  1. hampeh nyer ayat jiwang karat hang tu... mesti ditujukan utk si tot.... amboi kesian lak aku baca ayat karat hang ni. tp pandai juga hang ni bercinta..

    ReplyDelete
  2. nor:
    kisah diatas berkaitan dengan rakan baik saya.cerita rakan yang sama-sama belajar time sekolah menengah dulu.kisah saya lain sket jalan ceritanya..amacam design kapal dah pro,blm?

    ReplyDelete
  3. aku mmg suka bloq hang la...terasa mcm nak kembali ke zaman sekolah waktu otak aku tengah sarat dengan ayat2 puitis...hehe..

    re:aku rasa cicak tu tgh berdondang sayang la..hehe

    ReplyDelete
  4. RizanSaad:
    zaman pandai buat ayat `manis` ke,bro?
    ngeh..ngeh..

    ReplyDelete