Monday, November 2, 2009

Pesan Emak..

Tidak semua perkara yang kita tidak mahu terjadi itu buruk
dan,
tidak semua perkara yang kita mahu terjadi itu baik..

Apabila,
perkara yang kita tidak mahu itu terjadi,tetap terjadi
teruskan bersabar..

Allah memberikan pertolongan bagi setiap kesabaran yang kita buat..

Dan,
apabila terjadi perkara yang kita mahu,berhati-hati..
jangan terlalu gembira dan leka.

Dikhuatiri di sebalik perkara itu ada perkara buruk yang terlindung.

Jadi,
kamu perlu juga bersabar..

Sabar bukan hanya pada waktu sulit,
malah juga pada waktu gembira..


-bahruddin bekri/dunia ini sederhana kecil-

2 comments:

  1. Ingatan-ingatan itu harus diulang-ulang. Biar jadi ingat.

    Kelemahan manusia ialah lupa (atau, buat-buat lupa).

    "Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan, Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya."
    AQ - S2:216

    ReplyDelete