Monday, June 29, 2009

bahasa keadaannya berkata..


Hatinya dibawa langit tidak pernah diam.
Dia diatas mawar tidak pernah diam.
Seekor burung mematuk bintang yang diikat erat-erat.
Seekor burung di sebalik cakerawala.

-kitabkuning-

Friday, June 19, 2009

gambar kenangan..



Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia.

-aizat-




notakecildisisip:
inilah satu-satunya gambar saya bersama sidia sepanjang 3 tahun berkenalan.saja nak letak di sini sebagai kenangan untuk anak cucu..he..
apa-apa pun,terima kasih kepada sidia kerana sudi `singgah` dalam hidup saya ini.
saya minta maaf diatas apa yang terjadi & best of luck for your future,cik `masalalu`!

Monday, June 15, 2009

jalan itu..


kalau itu jalan yang kau pilih
teruskanlah..

kalau jalan itu yang kau pilih
jangan kau patah balik..

kalau jalan itu yang kau pilih
tetapkanlah kaki kau disana..

kalau itu jalan yang kau pilih
aku sokong engkau tanpa suara..

Friday, June 12, 2009

sepohon kayu..



sepohon kayu
daunnya rimbun
jangan suka jadi kutu
tiap2 malam bermandikan embun..

sepohon kayu
daunnya rimbun
belajar hingga ke U
berhajat nak dapat gaji menimbun..

sepohon kayu
daunnya rimbun
mengapa dia suka kat you
walaupun you punya perangai macam babun?

Tuesday, June 9, 2009

maaf..


aku mentari tapi tak menghangatkanmu,
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu,
aku sang bulan tak menerangi malammu,
akulah bintang yg hilang ditelan kegelapan..


-kertas band-





notakaki:
maaf diatas apa yang berlaku.aku hanya picisan dalam hidupmu..

Wednesday, June 3, 2009

kisah kawan megi,kawan 100plus & kawan kolget..

aku kawan jenis megi
aku diperlukan bila saat kau susah sahaja
di hujung -hujung bulan
tika kau terdesak
tika baki dibank cukup untuk kau makan sehari dua..

walau apapun perasaku
kari,asam laksa,tomyam
kau tetap sama
ku pasti kau lupa
bila gajimu berkunjung tiba..


aku kawan jenis 100plus
nasib ku pon agak sama dengan si megi
cuma kondisinya agak berbeza..

ku berasa begitu berharga
bila tekakmu dahaga teramat
seusai kamu bersenam
atau dikala kamu diserang selsema
tika makanan tidak bernafsu kamu rasa
saat itu,kamu rasa
hadirku begitu indah sekali..

tapi..


aku kawan jenis kolget
ku amat berlainan
diriku sentiasa hadir dalam hidupmu
dikala susah atau senang..

tak dapat kau bayangkan
ketiadaan diriku
ketika mandi pagimu
pasti takkan kau senyum menyeringai sepanjang hari
kan kau kunci mulutmu rapat-rapat..

dimalam hari kau juga mencari-cariku
mahu ku hadir sebelum kau beradu menongkah mimpi..

nota kakicagu:
kawan megi,kawan 100plus dan kawan kolget
walaupun siapa pun diri kita
harap kita indah melakar diri..

Tuesday, June 2, 2009

sang arjuna dan pelanginya..


di sebalik kesunyian malam itu
berlindung dari kepekatan malam
masih berligat putar fikiran sang arjuna..

dia bercita-cita mahu menjadi seorang laskar yang gah
laskar yang digeruni lawan
dikagumi kawan
diidami wanita-wanita
dibangga-bangga penduduk serata..

tapi dia takut mencuba
baju besi terlalu berat untuknya
pedang tajam sukar dihunus megah
musuh-musuh terlalu besar dimatanya..

akhirnya dia mengaku kalah
kalah dengan perasaannya sendiri
biar dia dengan hidupnya sendiri
tanpa mahu memimpikan pelangi..



nota kaki:
jangan takut untuk berubah..

Monday, June 1, 2009

jari-jari ibu..



Jari-jari ibu
Tunjuk ini itu
Jangan suka menganggu
Susah hati ibu..

Ini jari hantu
Duduk tengah-tengah
Suka bantu ibu
Buat kerja rumah..

Ini jari manis
Pakai cincin intan
Jangan suka menangis
Nanti ibu rotan..

Jari kelingking
Duduk tepi-tepi
Jangan suka menengking
Orang susah hati..




Notakaki:
empunyablog suka part mak empunyablog dodoikan cucunya dengan lagu diatas.