Monday, November 2, 2009

Pesan Emak..

Tidak semua perkara yang kita tidak mahu terjadi itu buruk
dan,
tidak semua perkara yang kita mahu terjadi itu baik..

Apabila,
perkara yang kita tidak mahu itu terjadi,tetap terjadi
teruskan bersabar..

Allah memberikan pertolongan bagi setiap kesabaran yang kita buat..

Dan,
apabila terjadi perkara yang kita mahu,berhati-hati..
jangan terlalu gembira dan leka.

Dikhuatiri di sebalik perkara itu ada perkara buruk yang terlindung.

Jadi,
kamu perlu juga bersabar..

Sabar bukan hanya pada waktu sulit,
malah juga pada waktu gembira..


-bahruddin bekri/dunia ini sederhana kecil-