Wednesday, November 17, 2010

helaian-helaian cinta..

wanita bertudung biru keungguan
berbaju kurung
kain kapas
bunga-bunga kecil corak bajunya..


seorang lelaki
ber T-shirt hitam
berseluar jeans lusuh

dikedai buku mereka bertemu

mereka mungkin berbeza
tetapi mempunyai niat yang sama
mencari erti sebuah cinta

melalui helaian-helaian buku yang dibaca..


si wanita memilih buku Tentang Cinta karang Tn.Pahrol Mohd Juoi
si lelaki memilih buku Aku Terima Nikahnya karangan Ustz. Hasrizal Abd.Jamil


ya..

mereka mungkin berbeza
tetapi mempunyai niat yang sama
mencari erti sebuah cinta

melalui helaian-helaian buku yang dibaca..

masih..

sunyi malam
panas siang
sejuk hujan
nyaman subuh



masih belum mampu



menghalang aku




dari tetap





merinduimu..

Thursday, September 30, 2010

status

dah lama tidak update blog ini.

Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR & BATIN.

Thursday, June 3, 2010

o.r.s

oral rehydration salts adalah rakan baik saya sekarang.
sekian.
terima kasih.

Saturday, April 17, 2010

renungan..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139-

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45-

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 87

wallahua'lam

Tuesday, April 6, 2010

masalah itu apa?

ada orang cakap,
masalah itu umpama memberus gigi
hari-hari kena hadapi
bila siap memberus gigi,kumur²
dan buang sisa ke dalam sinki..

ada orang cakap,
masalah itu macam tahi
bila kamu bersedia untuk makan,kamu juga kena bersedia untuk `melepas`
jangan dipikir sangat apa yang perlu kamu `lepas`kan
tapi
rasailah kenikmatan selepas kamu `melepas`..