Thursday, February 26, 2009

kenduri kawin..

musim cuti sekolah=musim orang kawin!!

kawan2 aku yang akan kawin bln 3 nie :
1.mustafa amin & zarina ( kawan MARA)
2.mohd hafizi & rasilah (kawan SMKAB)
3.nur shuhada & zahanizam ( kawan JPNK)
4.muhammad ruhan safuan & fatin adila ( kawan SMKAB)

terima kasih kawan2 atas jemputan..
mudah-mudahan hidup kalian bertambah bahagia dan sejahtera.

Wednesday, February 25, 2009

b.e.l.a.j.a.r.

belajar.
singkat kata tapi panjang maknanya.

hidup ini satu proses belajar.
belajar jadi baik.
belajar hormat orang.
belajar taat perintahNYA.
belajar cium tangan mak sebelum ke sekolah.
belajar cium isteri sebelum pergi kerja.
belajar menghulur tangan untuk dikucup anak.

belajar untuk terus belajar.

belajar untuk menyayangi.
belajar untuk prihatin.
belajar untuk membenci.
belajar untuk buat muka tak bersalah.

persoalannya?

apa yang aku dah belajar setakat ini?
banyak yang bermain dalam fikiran sekarang nie..
sakit gigi yang belum sembuh.
undangan kawin yang yang aku tak dapat hadiri,sedangkan aku aku diminta untuk jadi wakil jemput kawan2 yang lain.maafkan saya,en mohd hafizi.kenduri anda sama hari dengan en mustafa amin.
blm balik kampung ziarah mak lagi.
interview dengan jabatan kerajaan.
ragam2 manusia disekeliling aku.
ragam2 manusia disekeliling aku.
ragam2 manusia disekeliling aku.
ragam2 manusia.
ragam2 manusia.


hmm..

*lontaran suara keyboard xdpt diperdengarkan*

Tuesday, February 24, 2009

sakit gigi..

apa perasaan anda bila anda sakit gigi?

rasa nak marah.
rasa macam nak terajang org.
emosi tak stabil.
hati tak keruan.
jiwa tak tenang.

*diam*


nota kaki: jangan wat lawak bodoh dengan aku skrg!

surat untuk rembulan..

ke hadapan rembulan yang dikasihi..

mengapa semalam,sinarmu tidak kelihatan..

puas Pungguk menanti kehadiran sang rembulan..

adakah rembulan sudah tidak sudi menjengah diri?

pungguk betul2 rindukan sang rembulan..

betul,xtipu.


ikhlas dari







nota kaki:

kepada yang berkenaan,nanti dah topup,tolong sms saya yea..

miss u so strong!!

Perjalanan yang panjang..

Perjalanan yang panjang ini bermula dari sini..