Tuesday, September 22, 2009

menanti sebuah jawaban..

kehadapan Wanita yang diingati,


saya disini masih setia menanti sebuah jawaban dari anda


samada hijau atau merah;



hijau,
untuk saya meneruskan sebuah kisah tentang pelangi indah yang dapat saya gapai.
akan saya fikirkan bagaimana untuk memastikan pelangi sentiasa memancarkan sinar indah cahayanya.biar ia semakin bergemerlapan bila berada di sisi hati saya.




merah,
untuk saya berhenti memetik bintang paling terang di sebalik langit kelam.biar saya undur diri dari memintal awan di langit biru.biar saya membawa diri meneruskan misi mencari hakikat seorang insani.


walau apa pun keputusan dari Wanita,


saya akan belajar untuk redha menerimanya
saya akan belajar untuk tahu apa maknanya jodoh-pertemuan
saya akan belajar untuk berlapang dada




walau apa pun akan berlaku selepas ini,


terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada saya
walaupun seketika,
tapi amat indah dan mengasyikkan
bila ianya disandarkan pada Yang Maha Esa.


dari,

Jejaka.

Sunday, September 20, 2009

puisi ketika cinta bertasbih..




cinta,
adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta..


sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun,
jika cinta kudatangi
aku jadi malu
pada keteranganku sendiri..

meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta

dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..

cinta sendirilah yang
menerangkan cinta dan percintaan.





notakecildisisip:
mahu lihat klip videonya,sila klik di sini.

Monday, September 7, 2009

bahagianya menjadi oren dan anggur dalam iklan ribena..

aku;seekor burung gembala kerbau
kau;seekor merpati putih


dunia kita jauh berbeda





kau;

paruhmu yang merah delima itu sentiasa menguntum senyum
bulumu yang putih bersih itu sentiasa tersusun kemas
makananmu dari dedak-dedak yang terpilih


aku;
burung kerdil yang selalu bertenggek di belakang kerbau
warna buluku tidak begitu menarik perhatian
hidup aku biasa-biasa sahaja..



mungkin,

aku terlalu berangan
ingin memetik bintang di sebalik langit kelam



memilikimu
umpama
memiliki bintang yang paling terang







kita jauh berbeda






tapi tidak mustahil


















untuk kita hidup bersama..