Monday, January 4, 2010

cebisan kertas bercatat puisi..

pernahkah kau bermimpi seketika
berada di suatu daerah yang sunyi
pekat malam merantai hati
siang hari mengurung bunyi

terasa begitu
sepi sekali..

Monday, November 2, 2009

Pesan Emak..

Tidak semua perkara yang kita tidak mahu terjadi itu buruk
dan,
tidak semua perkara yang kita mahu terjadi itu baik..

Apabila,
perkara yang kita tidak mahu itu terjadi,tetap terjadi
teruskan bersabar..

Allah memberikan pertolongan bagi setiap kesabaran yang kita buat..

Dan,
apabila terjadi perkara yang kita mahu,berhati-hati..
jangan terlalu gembira dan leka.

Dikhuatiri di sebalik perkara itu ada perkara buruk yang terlindung.

Jadi,
kamu perlu juga bersabar..

Sabar bukan hanya pada waktu sulit,
malah juga pada waktu gembira..


-bahruddin bekri/dunia ini sederhana kecil-

Saturday, October 3, 2009

mereka bilang..

kadang-kadang ;
semakin kuat kita berusaha untuk mendapatkan dan mengejarkan sesuatu
semakin jauh dan ketinggalan kita rasa untuk mendapatkannya..

mak bilang,

itu adalah kecewa dan putus asa namanya.

kadang-kadang ;
kita merasakan si dia lah yang paling cocok dan terbaik untuk kita

tetapi,
dalam waktu yang sama
kita merasakan terlalu banyak bedanya antara kita dan dia.

si dia -
berpelajaran tinggi,datang dari keluarga yang baik-baik,taat pada suruhan agama

kita -
belajar tak tinggi,kurang berharta,sering alpa dan lalai pada suruhan dan laranganNYA

kawan bilang ,



kamu perlu ada keyakinan diri.
kamu jangan terlalu merendah diri.
kamu jangan cari perbedaan tetapi baiki kekurangan diri untuk merapatkan jurang perbezaan.
kamu tidak mungkin menjumpai kesempurnaan,tetapi boleh saling lengkap-melengkapi apabila dapat menerima seseorang dalam hidupmu seadanya.



kadang-kadang ;
kita boleh menasihati orang sekeliling bila mereka ditimpa musibah atau sedang mengalami kesusahan

tetapi,
mengapa susah benar rasanya untuk `menasihati` diri
apabila
diri kita sendiri yang mengalami masalah atau kesusahan?



mereka bilang ,

tok mudim pun anunya dipotong orang lain.
doktor pun tidak boleh rawat dirinya sendiri-perlukan doktor lain jugak.
guru pun tidak boleh membijak dan mendidik anaknya sendiri- perlu bantuan guru lain jugak untuk mengajar dan mendidik anak-anaknya..



mereka bilang lagi ,


setiap masalah pasti ada jawapannya
setiap musibah pasti ada puncanya
setiap kekusutan pasti ada pelerainya





setiap apa yang berlaku ;



pasti











ada hikmahnya..

Tuesday, September 22, 2009

menanti sebuah jawaban..

kehadapan Wanita yang diingati,


saya disini masih setia menanti sebuah jawaban dari anda


samada hijau atau merah;



hijau,
untuk saya meneruskan sebuah kisah tentang pelangi indah yang dapat saya gapai.
akan saya fikirkan bagaimana untuk memastikan pelangi sentiasa memancarkan sinar indah cahayanya.biar ia semakin bergemerlapan bila berada di sisi hati saya.




merah,
untuk saya berhenti memetik bintang paling terang di sebalik langit kelam.biar saya undur diri dari memintal awan di langit biru.biar saya membawa diri meneruskan misi mencari hakikat seorang insani.


walau apa pun keputusan dari Wanita,


saya akan belajar untuk redha menerimanya
saya akan belajar untuk tahu apa maknanya jodoh-pertemuan
saya akan belajar untuk berlapang dada




walau apa pun akan berlaku selepas ini,


terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada saya
walaupun seketika,
tapi amat indah dan mengasyikkan
bila ianya disandarkan pada Yang Maha Esa.


dari,

Jejaka.

Sunday, September 20, 2009

puisi ketika cinta bertasbih..




cinta,
adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta..


sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun,
jika cinta kudatangi
aku jadi malu
pada keteranganku sendiri..

meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta

dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..

cinta sendirilah yang
menerangkan cinta dan percintaan.





notakecildisisip:
mahu lihat klip videonya,sila klik di sini.

Monday, September 7, 2009

bahagianya menjadi oren dan anggur dalam iklan ribena..

aku;seekor burung gembala kerbau
kau;seekor merpati putih


dunia kita jauh berbeda





kau;

paruhmu yang merah delima itu sentiasa menguntum senyum
bulumu yang putih bersih itu sentiasa tersusun kemas
makananmu dari dedak-dedak yang terpilih


aku;
burung kerdil yang selalu bertenggek di belakang kerbau
warna buluku tidak begitu menarik perhatian
hidup aku biasa-biasa sahaja..



mungkin,

aku terlalu berangan
ingin memetik bintang di sebalik langit kelam



memilikimu
umpama
memiliki bintang yang paling terang







kita jauh berbeda






tapi tidak mustahil


















untuk kita hidup bersama..

Sunday, August 16, 2009

kepergianku hanya sementara..

wahai permaisuri hatiku
sapulah airmata kesedihan dipipimu
biar jelas terserlah kecantikkan di wajahmu itu..



kepergianku hanya sementara
sampai waktunya
pasti ku kan kembali
berada disisimu..



aku akan merindui senyuman manismu
aku akan merindui halus tanganmu membelaiku
aku akan merindui pelukan eratmu yang panas membahagia
aku akan merindui masakanmu yang mengkucarkacir jiwaku
aku akan merindui setiap inci dari dirimu







kerana kau;







isteri yang amat ku cintai..