Monday, January 4, 2010

kau dan aku..

kabus tipis pun turun pelan-pelan di sawah padi,
meresapi seluruh bumi Yan..

kau dan aku tegak berdiri melihat anak-anak padi yg menghijau warnanya..
ketika ku merangkul pinggangmu, kau meletak kepalamu didadaku..

adakah kau masih akan berkata,
kudengar degup jantungmu,

kita begitu berbeda dalam banyak perkara..





kecuali










dalam cinta..

aku cinta Allah..

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah


Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah



-wali band-

wahai hati kecilku..

wahai hati kecilku
jangan kamu bergundah-gulana
setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..

wahai hati kecilku
jangan kamu bermuram durja
inilah peluang untuk kamu bersifat redha..

wahai hati kecilku
jangan kamu berduka lara
inilah saat untuk kamu lebih hampir padaNYA..

wahai hati kecilku
jangan kamu bersedih bersunyi diri
inilah adalah ketentuan dariNYA..






notakecildisisip:
terima kasih Ya Rabbi,diatas semua apa yang berlaku..suatu pelajaran yang dapat ku belajar dari `sekolah jiwa`..(",)

puisi untuk cik masa depan..

wahai cik masa depan..

aku mengagumi matamu yang merah membengkak
kesan dari tangismu meminta hidayat untuk umat..

aku merindui tangan halusmu yang menjadi kasar
kesan khidmatmu,
membuat kerja-kerja rumah..

aku terpesona dengan hidungmu yang mancung itu
yang sering mengeluarkan esak tangis
saat engkau memohon taubat dariNYA..

aku terpikat dengan sentuhan halusmu
tika engkau mengusap anak kita
yang berbuat kesalahan..

aku terpaku melihat senyuman yang menyejukkan hatiku dari bibirmu
saat engkau menyambut ketibaan aku pulang dari jalanNYA..




terima kasih Ya Allah
kerana mengizinkan dia






















menjadi isteriku..






notakecildisisip:

antara puisi khas untuk bakal isteri saya..hehe..(",)..

cebisan kertas bercatat puisi..

pernahkah kau bermimpi seketika
berada di suatu daerah yang sunyi
pekat malam merantai hati
siang hari mengurung bunyi

terasa begitu
sepi sekali..

Monday, November 2, 2009

Pesan Emak..

Tidak semua perkara yang kita tidak mahu terjadi itu buruk
dan,
tidak semua perkara yang kita mahu terjadi itu baik..

Apabila,
perkara yang kita tidak mahu itu terjadi,tetap terjadi
teruskan bersabar..

Allah memberikan pertolongan bagi setiap kesabaran yang kita buat..

Dan,
apabila terjadi perkara yang kita mahu,berhati-hati..
jangan terlalu gembira dan leka.

Dikhuatiri di sebalik perkara itu ada perkara buruk yang terlindung.

Jadi,
kamu perlu juga bersabar..

Sabar bukan hanya pada waktu sulit,
malah juga pada waktu gembira..


-bahruddin bekri/dunia ini sederhana kecil-

Saturday, October 3, 2009

mereka bilang..

kadang-kadang ;
semakin kuat kita berusaha untuk mendapatkan dan mengejarkan sesuatu
semakin jauh dan ketinggalan kita rasa untuk mendapatkannya..

mak bilang,

itu adalah kecewa dan putus asa namanya.

kadang-kadang ;
kita merasakan si dia lah yang paling cocok dan terbaik untuk kita

tetapi,
dalam waktu yang sama
kita merasakan terlalu banyak bedanya antara kita dan dia.

si dia -
berpelajaran tinggi,datang dari keluarga yang baik-baik,taat pada suruhan agama

kita -
belajar tak tinggi,kurang berharta,sering alpa dan lalai pada suruhan dan laranganNYA

kawan bilang ,



kamu perlu ada keyakinan diri.
kamu jangan terlalu merendah diri.
kamu jangan cari perbedaan tetapi baiki kekurangan diri untuk merapatkan jurang perbezaan.
kamu tidak mungkin menjumpai kesempurnaan,tetapi boleh saling lengkap-melengkapi apabila dapat menerima seseorang dalam hidupmu seadanya.



kadang-kadang ;
kita boleh menasihati orang sekeliling bila mereka ditimpa musibah atau sedang mengalami kesusahan

tetapi,
mengapa susah benar rasanya untuk `menasihati` diri
apabila
diri kita sendiri yang mengalami masalah atau kesusahan?



mereka bilang ,

tok mudim pun anunya dipotong orang lain.
doktor pun tidak boleh rawat dirinya sendiri-perlukan doktor lain jugak.
guru pun tidak boleh membijak dan mendidik anaknya sendiri- perlu bantuan guru lain jugak untuk mengajar dan mendidik anak-anaknya..



mereka bilang lagi ,


setiap masalah pasti ada jawapannya
setiap musibah pasti ada puncanya
setiap kekusutan pasti ada pelerainya





setiap apa yang berlaku ;



pasti











ada hikmahnya..