Monday, January 4, 2010

puisi untuk cik masa depan..

wahai cik masa depan..

aku mengagumi matamu yang merah membengkak
kesan dari tangismu meminta hidayat untuk umat..

aku merindui tangan halusmu yang menjadi kasar
kesan khidmatmu,
membuat kerja-kerja rumah..

aku terpesona dengan hidungmu yang mancung itu
yang sering mengeluarkan esak tangis
saat engkau memohon taubat dariNYA..

aku terpikat dengan sentuhan halusmu
tika engkau mengusap anak kita
yang berbuat kesalahan..

aku terpaku melihat senyuman yang menyejukkan hatiku dari bibirmu
saat engkau menyambut ketibaan aku pulang dari jalanNYA..




terima kasih Ya Allah
kerana mengizinkan dia






















menjadi isteriku..






notakecildisisip:

antara puisi khas untuk bakal isteri saya..hehe..(",)..

2 comments: