Sunday, April 4, 2010

kata mak..

" cari orang yang nakkan kita,dan kita pon nakkan orang itu.."

Sunday, March 21, 2010

sendiri..

dalam bersendiri
aku terus dibuai mimpi

dalam bersendiri
aku masih tercari-cari

dalam bersendiri
makin ramai yang merapati

dalam bersendiri
aku masih berteka-teki

dalam bersendiri
kata hanya sekadar berbasa-basi


dalam bersendiri
aku akan terus mencari








sebuah cinta










pada Ilahi..









pelitaminyaktanah.
ruang tamu.
5.27pm.

Thursday, March 18, 2010

adiwira..

aku bukan adiwira
yang punyai kuasa luar biasa

aku bukan adiwira
yang menjadi sanjungan setiap manusia

aku bukan adiwira
yang punyai kekasih yang cantik jelita

aku bukan adiwira
yang bisa buat kau bahagia..

aku hanya
manusia biasa
yang punya rasa cinta,













hanya padamu..

Tuesday, February 16, 2010

masa untuk beralih arah..

sedih
pergi kau jauh-jauh
kerna aku sudah jumpa gembira..

sunyi
jangan temani aku lagi
kerna aku sedang menikmati keriuhan hati sanubari..

kosong
aku sudah bosan dengan kamu
sekarang aku mahu mengilai sesuatu..

gusar
aku sudah tidak mengingini kamu lagi
kerna damai sedang setia menanti..

Friday, February 12, 2010

andai..

andai kau menjadi pelangi
biar ku menjadi awannya
agar kita selalu bersama..

andai kau menjadi sang duyung
biar ku jadi karangnya
agar kita sentiasa bersua..

andai kau menjadi merpati
biar aku menjadi sang bayu
agar kita sering bertemu..

andai kau menjadi puisi
biar ku menjadi melodi
bersama kita menyanyi..

andai ku menjadi rembulan
sudikah kau menjadi kejora
hingga pagi nanti..

andai esok aku menjadi tanah
sudikah engkau menjadi bunga
menghiasi dadaku..

Saturday, January 23, 2010

cinta itu ibarat bekerja mengukir batu..

Saudara,

Cinta itu ibarat bekerja mengukir batu..
Semua pengukir batu di dunia ini mahukan ukiran yang cantik.
Tetapi kerja mengukir batu itu bukan kerja yang senang.
Perlu ada caranya,perlu ada tekniknya.
Bukan sekali dua pengukir batu itu gagal.
Batunya pecah ataupun tangannya luka.
Tetapi mereka tidak mengalah.

Saudara juga perlu begitu,
jangan mengalah
dan
terus mencuba.

-pengawal keselamatan bermafla Palestin ; Di Mana Terangnya Bulan-

Wednesday, January 6, 2010

kini..

awan mendung perlahan-lahan berarak pergi
tersirna indah langit luas yang membiru

rumput-rumput kering yang lemah terkulai itu
kini segar menghijau menghiasi bumi

jam dinding yang telah lama berhenti berdetik itu
kini sudah megah mengatur langkahnya semula setelah dipasang bateri baru

tanah yang kering kontang itu
kini subur semula selepas ditimpa hujan]



dan;



hati yang sunyi membisu itu
kini ceria dan bercahaya semula
setelah..
















mendapat semangat yang baru!