Tuesday, June 2, 2009

sang arjuna dan pelanginya..


di sebalik kesunyian malam itu
berlindung dari kepekatan malam
masih berligat putar fikiran sang arjuna..

dia bercita-cita mahu menjadi seorang laskar yang gah
laskar yang digeruni lawan
dikagumi kawan
diidami wanita-wanita
dibangga-bangga penduduk serata..

tapi dia takut mencuba
baju besi terlalu berat untuknya
pedang tajam sukar dihunus megah
musuh-musuh terlalu besar dimatanya..

akhirnya dia mengaku kalah
kalah dengan perasaannya sendiri
biar dia dengan hidupnya sendiri
tanpa mahu memimpikan pelangi..



nota kaki:
jangan takut untuk berubah..

Monday, June 1, 2009

jari-jari ibu..



Jari-jari ibu
Tunjuk ini itu
Jangan suka menganggu
Susah hati ibu..

Ini jari hantu
Duduk tengah-tengah
Suka bantu ibu
Buat kerja rumah..

Ini jari manis
Pakai cincin intan
Jangan suka menangis
Nanti ibu rotan..

Jari kelingking
Duduk tepi-tepi
Jangan suka menengking
Orang susah hati..




Notakaki:
empunyablog suka part mak empunyablog dodoikan cucunya dengan lagu diatas.

Thursday, May 28, 2009

jam 2.45 am

aku bangun dengan semangat sukan
mengantuk
aku paksakan diriku untuk bersekang mata.


dem..dem..
dah kena 0-2 nie
ape cerita???????

Wednesday, May 27, 2009

kucar-kacir hidup aku!




aku kembali tak terurus
bilik berselerak
mirip kedai bundle di pekan Manjung.

jiwa aku kembali kacau
hati meronta-ronta kerinduan
aku sembunyi membisu.

senyum tawa dihambur
seringai gigi dipamer
dalam hati siapa yang tahu?

Tuesday, May 26, 2009

Sunday, May 17, 2009

mereka itu..


mereka itu datang dan pergi
mereka itu ada yang menegur sapa
ada yang beramah tamah
ada juga yang selesa berlalu pergi..

mereka itu
ada yang makin rapat denganku
ada yang kenal gitu-gitu jer
ada yang tak menyedari kehadiranku..


walau apa pun mereka itu
terima kasih kerana sudi
menjadi cebis dalam kisah hidupku.

Friday, May 15, 2009

rumah kecil itu..



rumah kecil itu masih utuh berdiri,
walau dirinya giat dimamah anai-anai.

rumah kecil itu riuh dengan suara-suara ceria penghuninya,
tapi kini hilang entah kemana.

rumah kecil itu biasa saja di mata orang,
tapi sangat istimewa bagi mereka yang pernah mendiaminya.